Thursday, September 25, 2008

Global Walk Studio

Global Walk Studio


Sebelum merakamkan lagu single, saya sempat mengambil gambar keadaan di studio. Menurut perancangan, mereka akan pindah ke studio yang lebih canggih dalam beberapa bulan lagi. I was so excited and will take the opportunity to make sure my single album 100% good. Dalam masa yang sama kami sedang memilih lagu yang sesuai mengikut peredaran masa kini.



Mic yang digunakan untuk merakamkan lagu terbaru saya.




Saya telah mempelajari sedikit sebanyak bagaimana arranger yang selama ini membuatkan lagu lebih sedap didengar dan boleh diterima oleh mana-mana stesen radio dan tv. Kalau dibandingan dengan live, mungkin kedengaran quality tak berapa bagus dan atau bunyi tak sedap didengar.



Sempat posing, tapi kacau lar benda kat belakang tu.. Saya telah menghabiskan masa yang lama sewaktu dalam studio, dalam masa yang semua boss telah datang dan juga Siti Sarah. Mereka telah mencadangkan recording akan disambung selepas raya dan lirik lagu itu akan diubah sedikit. Saya sempat berbual dengan Siti Sarah, dia memang baik dan peramah. Siti Sarah ditemani oleh Rais(Ayah) dan assistance(Elyias). Apa yang lucunya, saya tak boleh menyanyi bila Siti Sarah mendengar saya menyanyi, entah kenapa. Mungkin saya perlukan lagi keyakinan diri erkkk..





Senyum jangan tak senyum.