Saturday, February 3, 2007

CHILL & FELL THE LOCAL ARTIST & SONG

saya bersama dengan beberapa artis daripada sabah iaitu Clarice dan Kay Ibrahim. Kami telah mengadakan show sempena pembukaan Kompleks asia city. Pada waktu itu, suasana memang meriah dan kebanyakan yang hadir adalah golongan ibubapa dan kanak- kanak. Saya masih ingat lagi apa yang berlaku pada hari itu, saya terpaksa menyanyi walaupun suara saya kurang baik dan serak - serak basah.. hehehehe.
Pelbagai acara yang dibuat sepanjang show ini, kami juga diberi tahu untuk memperkenalkan setiap kedai - kedai yang terdapat dalam kompleks ini bagi kemudahan kepada mereka yang datang ke kompleks ini. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang show ini, dari sini saya dapat mempelajari kesilapan yang telah saya lakukan. Clarice dan Kay banyak membantu saya jika saya tersasul kah, lupa apa yang hendak dicakap kah dan banyak lagi.
Saya berterima kasih kepada mereka berdua, tanpa diorang siapala saya..hehehehe. Pada waktu itu, saya menyanyikan empat buah lagu iaitu Hello, Follow me, Angel dan Pencinta Wanita. Nasib baik lar semuanya berjalan dengan lancar dan baik.
Saya juga ingin berterima kasih dengan kawan saya Adrian, kerana dia banyak membantu saya. Walaupun show ini hanya kecil - kecilan, tetapi daripada show nielar saya dapat menambah pengalaman dan terus minat menyanyi hingga lar ke hari ini.





















ANDY , CLARICE & KAY